PENGENALAN
Pengeluaran utama tomato di Malaysia ialah di kawasan Cameron Highland. Kawasan di tanah rendah yang menanam tomato ialah di negeri Johor.Sebahagian besar tanaman adalah untuk permintaan dalam negeri dan sedikit sahaja dieksport ke Singapura. Negara juga mengimport 4000 tan produk berasaskan tomato. Pengeluaran tempatan hanya mencukupi untuk kegunaan segar.
MAKLUMAT SYARIKAT
MISI:
VISI:
- Meletakkan Malaysia sebagai 10 pengeksport utama tomato dipasaran dunia menjelang tahun 2010.
OBJEKTIF:
1. Meningkatkan peratusan eksport Malaysia di pasaran antarabangsa daripada 0.28% kepada sekurang-kurangnya 5%.
2. Menghasilkan tanaman tomato yang berkualiti tinggi dan menepati kehendak pasaran
3. Menawarkan produk pada harga yang kompetitif.
Menekankan kepada pasaran ‘niche’.
4. Meluaskan pasaran–tidak terhad kepada tomato segar tetapi juga tomato proses
CARTA ORGANISASI:
PENGARAH URUSAN
Amirul Akmal Bin Mohamad Akabal
PENGURUS OPERASI
Siti Aisah Binti Adnan
PENGURUS KEWANGAN
Aisah Bte Mohamad
PENGURUS PROJEK
Nor Wasiati Bte Gifari
MAKLUMAT PRODUK
Nama saintifik bagi tomato ialah Lycopersicon cycopersicum (L). Dari famili Solanaceae. Pokok tomato dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu yang tumbuh menegak (determinate) dan yang tumbuh menjalar (indeterminate). Perbezaan juga terdapat pada ciri-ciri buah yang menjadi asas perbezaan kulvitar-kulvitarnya. Ciri-ciri am pokok adalah seperti :-
HARGA
Kos pengeluaran bgi setiap setiap satu kilogram tomato segar adalah pada harga RM 0.58. Harga purata runcit adalah harga RM 3.00/kg – RM 3.40/kg. Berdasarkan perbandingn harga ini kita dapat lihat perbezaaan yang ketara antara harga ladang ke tangan pengguna. Perbezaan harga ini disebabkan kos-kos seperti pengangkutan seperti lori, penyimpanan di dalam bilik sejuk dan aktiviti pembungkusan yang melibatkan 2 atau lebih perantara (pengedar/pemborong/peruncit) untuk membawa tomato tersebut ke pasaran. Kita dapat lihat pemborong memiliki kuasa tawaran yang lebih besar dalam menentukan pasaran kerana ia berdepan dengn bilangan besar perantara untuk dipilih. Struktur pasaran diatas menyebabkan kedudukan petani adalah terkongkong dalam kekuasaan pemborong atau perantara besar.
Penetapan harga tomato biasanya dibuat secara konsainmen. Sistem jualan ini mempunyai risiko perubahan harga yang terpaksa ditanggung oleh pengeluar. Ia wujud akibat ketidaktentuan harga pasaran, terdapatnya ikatan kredit dan juga kepercayaan petani terhadap pemborong.
LOKASI PERNIAGAAN
Lycopersicum esculentum atau lebih dikenali sebagai tomato adalah dikelaskan di dalam kategori sayur-sayuran berbuah. Ia berasal dari Amerika Selatan dan kini telah pun ditanam secara meluas di kawasankawasan beriklim tropika. Di Malaysia, pengeluaran utama tomato adalah di Cameron Highlands. Manakala kawasan tanah rendah yang menanam tomato dengan agak meluas ialah di Johor.
SALURAN PEMASARAN
Pemasaran tomato bermula dari peringkat pengumpulan di ladang ke pemborong dan peruncit. Amalan ini bergantung kepada faktor perhubungan antara perantara pasaran dan petani di sesuatu kawasan. Pemasaran tomato ini lebih bercorak kepada peranan yang dimainkan oleh pemborong di ladang dan pemborong di pasar. Persaingan yang baik dapat dilihat di peringkat runcit. Dalam pengeluaran tomato, perantara memainkan peranan yang penting dalam memastikan pengguna mendapat bekalan pada masa yang diperlukan serta memastikan bekalan tomato mencukupi. Perantara pasaran kadang kala berkongsi lebih daripada satu tugas. Perantara boleh menjadi pemborong dan juga dalam masa yang sama merupakan peruncit.
CARA PELAKSANAAN/STRATEGIK
Pengimportan barangan makanan yang tinggi dan pengeluaran bercorak tradisi perlu dilihat secara global bagi membolehkan sayur keluaran Malaysia bersaing di pasaran. Bagi komoditi tomato, penumpuan dari segi pengeluaran berskala besar dan mekanisma tanaman industry berteknologi tinggi, penglibatan sektor swasta, merupakan cabaran yang perlu ditangani dengan serius. Satu reformasi corak penanaman dan pengeluaran tinggi perlu dilaksanakan bagi menghasilkan pengeluaran berjadual dan memenuhi kehendak pasaran.
STRATEGI PENGEDARAN
1)E-dagang
Perkembangan teknologi maklumat dan internet adalah satu peluang kepada petani untuk petani berhubung terus kepada pasarayaa perdana dan pasaraya untuk membekalkan tomato kepada pasaran. Secara tidak langsung, peranan orang tengah/perantara dapat dikurangkan. Maka, harga tomato tidak dimanipulasi oleh mereka. Selain itu, petani dapat merancang pengeluaran untuk pasaran masa depan. Contohnya, TaniNet merupakan satu laman web interaktif iaitu kaedah baru untuk pasarkan hasil pertanian secara e-dagang yang membolehkan hasil pertanian dipasarkan secara terus tanpa membabitkan orang tengah adalah mudah bagi usahawan IKS bekerjasama dengan petani, pembekal dan pemproses hasil pertanian.
Selain itu, laman web ini menyediakan maklumat pertanian seperti pendidikan dan latihan, nasihat dan perundingan, perbincangan dan peluang-peluang untuk mencari tapak bagi melaksanakan e-dagang.
2)Pembentukan ‘strategic alliance’
Dengan pasaraya perdana seperti Tesco, Giant ataau MAKRO. Di mana semu pasaraya perdana ini terdapat diseluruh negara. Maka, secra tidak langsung tomato Malaysia dapat diketengahkan ke pasaran antaarabangsa melalui saluran ini.
PROMOSI DAN STRATEGI PEMASARAN
Strategi Promosi
1) Kempen
Menggalakkan warga Malaysia meminum jus tomato perlu dijalankan. Ini kerana jus tomato begitu banyak khasiatnya untuk menghindarkan dari penyakit yang digeruni hari ini iaitu barah.
2) Pesta makanan berasaskan sayur-sayuran Malaysia
Usaha-usaha mengadakan promosi dengan mengadakan ‘pesta makanan’ berasaskan sayur-sayuran Malaysia secara berjadual di hotel dan restoren di seluruh negara.
3)Promosi media massa dan media cetak
Penghebahan melalui media massa dan media cetak mengenai khasiat semulajadi tomato yang baik untuk kesihatan.
4) Kempen sayur-sayuran segar Malaysia
Kempen haruslah dipergiatkan di seluruh negara. Dijalankan secara penjadualan di seluruh negara bagi menggalakkan masyarakat membeli sayur-sayuran tempatan.
STRATEGI PEMASARAN
Strategi Produk
1) Inovasi produk
Menjalankan kajian dan penyelidikan untuk menghasilkan produk inovasi seperti jus minuman tomato dalam bentuk kordial atau serbuk. Selain itu, tomato yang kaya dengan sumber vitamin C adalah sesuai untuk dijadikan yogurt tomato sajian ringan untuk pelbagai golongan masyarakat.
2) Teknologi pembungkusan dipertingkatkan
Cara pembungkusan tomato perlu diubah dari menggunakan pembungkusan secara pukal kepada dalam bentuk yang lebih kecil. Contohnya menggunakkan bakul plastik, kotak kertas atau carton dalam kuantiti yang kecil yang mana mudah diuruskan dan diangkut yang dapat untuk mengurangkan kerosakan buah. Peragaan produk untuk dihantar ke pasar-pasar perlu menitikberatkan kebersihan buah, size buah dan varieti
supaya buah tidak bercampur varietinya.
3) Perlabelan untuk pemasaran
Jenama Malaysia Best adalah pengiktirafan keatas sayur-sayuran yang berkualiti untuk pasaran. Sejajar dengan itu,untuk pasaran domestik atau luar negara logo Malaysia Best perlu dilekatkan pada setiap biji tomato. Iaitu tanda kualiti dari segi bersih, segar dan selamat dimakan.
4) Kepelbagaian produk
Perusahan tomato kering ‘sun-dried tomato’ perlu dibangunkan di Malaysia. Ianya adalah satu potensi dalam industri makanan. Perlunya rujukan kepada MARDI atau
universiti tempatan seperti UPM untuk membuat kajian dan penyelidikan bagi memastikan keluaran ini mengikut cita rasa pengguna di seluruh negara.
0 comments:
Post a Comment